Sunday, June 7, 2015

Pantun Budi : Permata Sastera Melayu

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Tenang tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
budi baik rasa nak junjung.

TEMA
Pantun budi ini bertemakan menghargai, membuat kebaikan dan mengingati budi seseorang.

BENTUK PANTUN
• jenis puisi ialah pantun
• pantun ini ialah pantun budi
• pantun budi ialah puisi terikat
• puisi ini terdiri daripada 3 rangkap
• bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu 4 baris serangkap
• 2 baris pertama merupakan pembayang manakala 2 baris berikut adalah maksud
• bilangan kata dalam baris hampir sama, iaitu antara 4-5 patah kata dalam satu baris
• bilangan sukukata dalam setiap baris terdiri daripada 9-10 suku kata
• rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b

UNSUR ESTETIKA
pemilihan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun budi termasuklah :

ANAFORA
• contohnya:
hutang emas boleh dibayar
hutang budi di bawa mati

EPIFORA
• contohnya:
gunung daik bercabang tiga
budi baik dikenang juga
(pengulangan pada akhir baris)

PERSONAFIKASI
• contohnya:
hutang budi dibawa mati
(budi yang dianggap mempunyai hutang seperti manusia)

HIPERBOLA
• contohnya:
budi baik rasa nak junjung
(menyatakan secara berlebih lebihan)

INVERSI
• contohnya:
hancur badan dikandung tanah
(badan hancur dikandung tanah)

••••• ••••• ••••• ••••• •••••

Antara unsur bunyi yang digunakn dalam pantun budi termasuklah ;

ASONANSI
Pengulangan bunyi vokal 'a'.
contoh dalam rangkap 1:

     Pisang emas dibawa belayar
     Masak sebiji di atas peti
     Hutang emas boleh dibayar 
     Hutang budi dibawa mati

Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal 'a' sebanyak 18 kali.

ALITERASI
Pengulangan bunyi konsonan 'n'.
contoh dalam rangkap 2:

     Pulau pandan jauh ke tengah 
     Gunung daik bercabang tiga
     Hancur badan dikandung tanah
     Budi baik dikenang juga

Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonon 'n' sebanyak 13 kali.

••••• ••••• ••••• ••••• •••••

RIMA AKHIR
Pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris, contohnya:
    Tenang tenang air di laut
     Sampan kolek mudik ke tanjung
     Hati terkenang mulut menyebut
    Budi baik rasa nak junjung

NILAI
  • Nilai menghargai - menghargai dan mengenang jasa seseorang.
  • Nilai kesederhanaan - bersikap kesederhanaan terhadap seseorang dengan melakukan kebaikan yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan dan akhirat.
  • Nilai kejujuran - sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dicemuh oleh masyarakat.
  # Selain itu, kebaikan dan budi yang dilakukan akan diingat sampai bila-bila.

FUNGSI PANTUN
Untuk menyampaikan pesanan serta alat untuk mengajar dan mendidik kita. Seterusnya dapat menceritakan pandangan masyarakat terhadap kita. Selain itu, ia juga berfungai untuk menggambarkan fikiran sebagai alat berkomunikasi.

Wednesday, June 3, 2015

Pantun Kasih Sayang : Permata Sastera Melayu

Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

UNSUR ESTETIKA | GAYA BAHASA

asonansi : dalam rangkap 1
(pengulangan huruf vokal a)

     dari mana pipit melayang
     dari paya turun ke padi
     dari mana datangnya sayang
     dari mata turun ke hati
• Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 21 kali.

aliterasi : dalam rangkap 2
(pengulangan huruf konsonan m)

     air dalam bertambah dalam
     hujan di hulu belumlah teduh
     hati dendam bertambah dendam
     dendan dahulu belumlah sembuh
• Dalam contoh ini terdapat pengulangan bunyi vokal m sebanyak 9 kali.

anafora : rangkap 1 baris satu dan dua
     Dari mana pipit melayang
     Dari paya turun ke padi

responsi : rangkap 1 (turun)
(pengulangan kata di tengah baris)

    dari mana pipit melayang
    dari paya turun ke padi
    dari mana datangnya sayang
    dari mata turun ke hati

Tuesday, June 2, 2015

Pantun Nasihat : Permata Sastera Melayu

Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Kemana pergi dibenci orang.

TEMA

Menasihati kita agar sentiasa menjaga perakuan dan sentiasa memunasbahkan diri ke mana saja kita pergi agar tidak dibenci orang.

CIRI -CIRI PANTUN

Mempunyai 4 baris serangkap
1 baris terdapat 4-5 patah perkataan
Mempunyai 8-10 suku kata
Pantun adalah terikat
Rima akhir ialah -abab

••••• ••••• ••••• ••••• •••••

UNSUR ESTETIKA

Hiperbola : kemana pergi dibenci orang

Anafora : rangkap 2
Burung tiung terbang tinggi
Burung merpati mencari sarang

inversi : ke mana pergi dibenci orang
(pergi kemana dibenci orang)

asonansi : rangkap 1 baris 1
tanam bunga di dalam pasu
(asonansi a ada 6 di dalam baris)

Aliterasi : rangkap 2 baris 1
burung merpati mencari sarang
(aliterasi r ada 4 di dalam baris)

rima akhir : a, b, a, b

jeda : tanam bunga di dalam pasu

••••• ••••• ••••• ••••• •••••

NILAI

Nilai dalam rangkap 1 ialah nilai keinsafan iaitu menyedarkan manusia bahawa jangan mengikuti hawa nafsu apabila melakukan sesuatu. Manakala nilai dalam rangkap 2 pula ialah nilai kesedaran, iaitu ke mana saja kita pergi haruslah menjaga sikap dan adab apabila bersama atau tanpa dengan individu lain.

Maksud Keseluruhan Pantun : Permata Sastera Melayu

PANTUN BUDI

masyarakat Melayu memandang budi sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya meskipun budi yang ditaburkan tidaklah sebegitu besar. Pantun ini mengingatkan kepada kita agar tidak memandang budi yang diitaburkan sebagai sesuatu yang remeh.


PANTUN AGAMA

Pantun agama bertujuan untuk menimbulkan rasa keinsafan pada diri. Ini kerana pantun tersebut menerangkan betapa mulianya hari Jumaat berbanding hari-hari lain serta diantara nabi-nabi, Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling mulia. Selain itu, pantun ini memberi peringatan supaya kita menunaikan solat seterusnya memohon ampun kepada Allah.


PANTUN KASIH SAYANG

Pantun kasih sayang menerbitkan rasa sayang di dalam hati. Pantun ini memberi tahu tentang asal usul rasa sayang itu. Selain itu, pantun ini juga menyatakan tentang kasih sayang yang tidak kesampaian.


PANTUN NASIHAT

Pantun nasihat tersebut melarang kita untuk melakukan sebarang keburukan serta menghindari atau menjauhinya. Pantun ini juga menasihati kita agar tidak terlalu mengikut hawa nafsu, seterusnya melarang kita untuk bersikap sombong.